Batuk adalah salah satu jenis penyakit kesihatan perubahan pengecutan bahagian rongga toraks yang berlaku di saluran pernafasan secara tiba-tiba dan biasanya akan berulang. Kes ini akan menyebabkan udara yang di keluarkan dari paru-paru dengan kuat. Tujuan berlakunya batuk ini adalah untuk membersihkan lubang pernafasan yang di kenali sebagai batuk reflex. Batuk yang seolah-oleh mendatang adalah untuk membersihkan bahan benda asing bahagian peparu punca dari rokok atau habuk. Manakala kelebihan rembesan yang berlaku seperti sputum atau di kenali sebagai kahak dari kerongkong, lubang pernafasan  iaitu saluran pernafasan dan paru-paru adalah untuk memebrsihkan benda asing yang terdapat di bahagian paru-paru.

Beberapa punca faktor batuk kering seperti Virus, Asap Rokok, Asid Gastrik dan Jangkitan.


Virus.

Beberapa jenis virus boleh menyebabkan batuk kering. Jenis virus yang mudah memasuki tubuh badan adalah seperti virus selesma yang menyerang di bahagian hidung dan tekak. Sekiranya selesma menyerang kerongkong akan muncul kahak atau lender di bahagaian kerongkong.

Asap Rokok.

Asap Rokok yang telah memasuki bahagian saluran pernafasan ke peparu boleh meyebabkan kerengsaan dan akhirnya akan muncul lendir atau kahak untuk jadi pertahanan tubuh badan.

Asid Gastrik.

Asid Gastrik yang tinggi hingga asid di bahagian perut kadarnya tinggi boleh menyebabkan batuk kering. Ini kerana penyakit refluks asid yang biasanya berlaku pada waktu pagi.

Jangkitan.

Melalui jangkitan yang berlaku di sistem saluran pernafasan boleh menyebabkan batuk kering juga, Beberapa jenis jangkitan yang di maksud kan seperti pneumonia( radang paru-paru), batuk kering yang di kenali sebagai TiBi( Tuberkulosis) dan juga penyakit paru-paru yang lain.

Untuk mengatasi masalah batuk kering dari awal, haruslah mencari penawarnya lebih awal untuk mencengah batuk kering berterusan. Dan ada beberpa jenis ubat-ubatan herba alam semula jadi untuk mengatasi dan merawat batuk kering dan sakit tekak secara alam semula jadi. Antara bahan-bahan yang di buat herba sebagai ubatan alam semula jadi untuk merawat batuk kering, adalah seperti berikut:-



1. Madu Asli
  Khasiat madu asli untuk kesihatan tubuh badan tidak lagi di ragui dan banyak khasiatnya untuk merawat dan pengubati pelbagai penyakit. Madu asli ini mempunyai sifat anti-radang sehingga dapat membantu mengatasi masalah batuk kering yang di sebabkan oleh keradangan di dalam badan. Kandungan yang terdapat dalam madu asli seperti vitamin C dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan dan menguatkan sel-sel dalam tubuh badan.

Madu Asli
Madu Asli

Dengan memakan dan meminum madu asli sebanyak dua atau tiga kali dalam sehari secara berkala dapat melegahkan batuk kering dan mengurangkan sakit tekak. Dalam pengambilan madu asli sebanyak tiga kali atau empat kali dalam sehari secara berkala dapat mengekalkan kekuatan sel-sel dalam badan dan imunasi dalam badan, dan baik untuk kesihatan otak dan juga baik terutamanya bahagian paru-paru, kerana madu asli dapat membersihkan bakteria dan benda asing di bahagian saluran pernafasan dan paru-paru.


2. Susu Kambing.
  Susu kambing sangat sesuai untuk merawat bahagian saluran pernafasan dan mematikan bakteria yang terdapat di bahagian peparu. Susu kambing juga mempunyai kandungan kalsium, enzim, vitamin A, anti penuaan, antiarthritis, antibarah dan kaya dengan protien, dan asam lemak yang baik pada tubuh badan sehingga dapat mencukupi keperluan nutrisi pada tubuh badan.

Susu Kambing
Susu Kambing

Kebaikan dan khasiat susu kambing pada tubuh badan adalah untuk menambahkan dan memulihkan sel-sel dalam tubuh badan malah menambahkan kekuatan imunasi dalam badan, kerana susu kambing ini mempunyai antibodi untuk merawat penyakit gastric, penyakit lemah jantung pada peringkat awal, demam kuning, lelah, penyakit lelah(asma), ulser perut, memulihkan tenaga batin, membantu pembentukkan tulang dan gigi serta dapat membantu merawat batuk kering. Dalam pengambilan susu kambing yang berkala sebanyak tiga kali sehari dapat memulihkan penyakit batuk kering dari terus merebak.


3. Halia.
  Halia banyak khasiat yang sangat baik pada kesihatan tubuh badan. Halia di gunakan sebagai herba dan ubatan alam semula jadi kerana halia yang mempunyai khasiat yang dapat menjadikan tubuh badan lebih panas. Selain itu juga halia dapat mengatasi masalah penyakit batuk kering.

Halia
Halia

Cara untuk merawat dan mengubati penyakit batuk kering dengan menggunakan ubatan alam semula jadi, sediakan halia sebanyak satu ramping, di cuci dengan air yang mengalir. Setelah di bersihkan, halia di kisar dengan halus dan perahkan, ambil air perahan atau jus air halia dan panaskan air segelas , masukkan  perahan halia campurkan dengan air panas di gaul hingga sebati. Kemudian di biarkan hingga suam, setelah itu di minum. Lakukan cara ini secara berkala setiap hari dan rasakan kehangatan di bahagian kerongkong setelah minum ramuan herba halia tersebut. Ramuan herba halia ini dapat mengatasi masalah kesihatan seperti batuk kering yang di sebabkan jangkitan.


4. Kunyit.
  Kunyit adalah salah satu herba yang mengandungi vitamin, mineral dan juga bahan anti radang sehingga dapat berfungsi sebagai anti septic atau juga di kenali sebagi anti biotik semula jadi. Kunyit ini memang mempunyai banyak faedah dan khasiat pada tubuh badan bagi mengatasi pelbagai masalah penyakit salah satunya adalah penyakit batuk kering.

Kunyit
Kunyit

Untuk menggunakan kunyit sebagai herba dan ubat untuk mengatasi masalah batuk kering, ambil bahan kunyit dengan secukupnya dan di kusar hingga halus. Setelah di kisar perahakan airnya dan saring di ambil air perahan kunyit tersebut. Masukkan perahan air kunyit masukkan ke dalam gelas yang berisi air suam. Gaulkan hingga sebati dan di biarkan dalam beberapa minit. Kemudian air campuran tersebut di minum, untuk mendapatkan hasil yang maksimum di lakukan cara tersebut dua kali sehari secara berkala sehingga batuk kering berkurangan.


5. Limau Nipis.
  Limau nipis banyak bernafaat kepada tubuh badan . Buah limau mengandungi vitamin C yang tinggi dan bemanfaat dapat membantu meningkatkan sistem imunasi dalam badan. Selain itu, buah limau mempunyai sifat pembersih yang dapat membantu melarutkan lendir atau kahak sehingga mudah di keluarkan. 

Limau Nipis
Limau Nipis

Sediakan Limau nipis dan di potong belah dua, di perahkan di ambil jus perahan jusnya dan campurkan ke dalam gelas yang berisi air suam, dan masukkan satu sudu besar madu. Gaulkan hingga sebati, kemudian di minum air tersebut secara berkala dalam satu hari. Sekiranya ada yang mengalami masalah gastrik dengan cara ini tidak sesuai bagi pesakit yang mengalami masalah gastrik. Kerana limau nipis ini boleh menaikkan kadar asid perut menjadi meningkat dengan cepat dan keadaan sebenarnya akan membuat pesakit tidak akan selesa.


6. Daun Pudina.
  Daun pudina dapat membantu menyembuhkan batuk kering dan juga beberapa jenis jangkitan yang terjadi di saluran pernafasan. 

Daun Pudina
Daun Pudina

Daun pudina dapat memberi ruang kelonggaran pada otot trekea dan juga otot ilea di seluruh sistem pernafasan sehingga organ dapat berfungsi dengan baik. Daun pudina ini di jadikan penawar semula jadi bagi merawat batuk kering sehingga daun pudina di proses terlebih dahulu menjadi  herba ubatan.


7. Daun Sirih.
  Daun sirih ini secara tradisional  biasanya di gunakan  sebagai salah satu bahan utama untuk rawatan kecantikan. Selain itu, daun sirih juga dapat di gunakan sebagai ubat herba untuk mengatasi masalah batuk kering secara alam semula jadi. 

Daun Sirih
Daun Sirih

Sediakan daun sirih sebanyak lima helai, bunga cengkih, kapulanga dan serbuk kayu manis secukup rasa. Kemudian sediakan air sebanyak dua gelas, campurkan kesemua bahan tersebut masukkan ke dalam air dan rebus hingga mendidih. Biarkan dahulu air campuran mendidih hingga agak segelas, tuangkan ke dalam gelas di biarkan hingga suam-suam. Setelah suam-suam, air campuran tersebut di minum. Lakukan cara tersebut secara berkala setiap hari, minum dua kali sehari sehingga penyakit batuk kering semakin berkurangan.


8. Bunga Belimbing Buluh Dan Belimbing Buluh.
  Bunga belimbing buluh ini di jadikan herba dan ubat melegahkan penyakit batuk kering.Bunga belimbing bulu ini biasanya boleh di dapati di persikitaran yang menanam buah tersebut. 

Bunga Buha Belimbing Buluh
Bunga Belimbing Buluh

Sediakan segengam bunga belimbing dan gula yang mencukupi dan air segelas. Campurkan ke semua bahan dan rebus kesemuanya hingga mendidih. Setelah mendidih tapiskan air nya dan di biarkan air tersebut manjadi suam-saum. Kemudian air tersebut di minum, lakukan cara ini secara berkala setiap hari dua kali sehungga batuk makin berkurangan.
Selain bunga belimbing buluh ternyata buah belimbing juga mempunyai khasiat untuk meredahkan batuk kering secara alam semula jadi dan selamat tanpa menyebabkan kesan sampingan yang membahayakan kesihatan. 

Bah Belimbung Buluh
Buah Belimbing Buluh

Buah belimbing ini berbentuk kecil dan empat segi panjang. Nama sentifiknya Averrhoa. Rasa buah belimbing ini sama rasanya dengan limau nipis. Ambil seberapa banyak buah belimbing dan cuci dengan air yang bersih. Masukkan air segelas dangan ratakan dengan buah belimbing bulu tersebut dengan air suam. Tambahkan sedikit garam dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian saring air tersebut dan minum air campuran tersebut secara berkala setiap hari sehingga batuk kering semakin berkurangan.


9. Daun Selasih.
  Daun selasih tidak hanya di gunakan sebagai bahan makanan dan sayauran tetapi mempunyai khasiat yang sangat efektif untuk mengatasi masalah kesihatan seperti batuk kering.

Daun Selasih
Daun Selasih

Ambil daun selasih yang cukup, cuci dengan air bersih yang mengalir dan rebus dengan satu cawan air. Biarkan mendidih, kemudian ambil air masak dan minum secara berkala setiap hari sehingga batuk kering sembuh sepenuhnya.


10. Daun Asam Jawa Muda.
  Daun asam jawa muda berkhasiat pada tubuh badan dan bermanfaat sebagai heba untuk mengurangkan batuk kering.

Daun Dan Asam Jawa
Daun Dan Buah Asam Jawa

Sediakan daun asam jawa muda,air manis yang telah di campurkan dengan gula dan gula melaka secukup rasa. Rebus ke semua bahan yang telah di sediakan lebih awal menggunakan segelas air, biarkan ia mendidih. Setelah mendidih tapiskan airnya kemudian biarkan air tersebut menjadi suam-suam kemudian minum air tersebut secara berkala setiap hari sehingga batuk kering makin pulih atau sembuh sepenuhnya.

   Jika batuk kering ini berlanjutan sehingga dua minggu berturut-turut, dianjurkan pergi ke klinik atau ke hospital buat pemeriksaan untuk mengetahui kondisi masalah kesihatan yang di hadapi. Bimbang jika ada jangkitan virus seperti jangkitan yang di kenali sebagai TiBi( Tuberkulosis). Lebih baik ambil rawatan awal di hospital jika ada jangkitan tersebut. Herba dan ubatan tradisonal secara alam semula jadi hanya boleh mengurangkan penyakit batuk kering yang biasa sahaja. Apapun amalkanlah kehidupan yang sihat dan jagalah pemakanan yang sihat. Pengambilan makanan yang berkhasihat juga dapat megelakkan masalah kesihatan. Oleh itu sentiasalah menjaga kebersihan, amalan kesihatan dan pemakanan yang berkhasiat di utamakan agar sentiasa sihat dan kuat menjalani kehidupan seharian.


0 Comments