Petua Hilangkan Jerawat Dengan Alam Semula Jadi
Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semula Jadi
Jerawat merupakan benjolan kecil yang biasanya timbul di bahagian wajah. Masalah ini sering dialami oleh golongan remaja dan juga orang dewasa. Kehadiran jerawat sering dianggap sebagai “musuh” kerana boleh menjejaskan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain.
Antara punca utama jerawat termasuk peluh berlebihan, penggunaan produk yang tidak konsisten, serta penggunaan terlalu banyak produk penjagaan wajah. Selain itu, ada juga yang beranggapan bahawa pemakanan tidak berkhasiat dan berminyak turut menyumbang kepada masalah ini. Jika jerawat muncul di bahagian bawah pipi, dagu dan rahang, ia mungkin berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
1. Tepung Penaik (Baking Soda)
Tepung penaik bukan sahaja digunakan dalam pembuatan kek, malah boleh membantu merawat jerawat. Ia mempunyai sifat pengimbang pH kulit serta bertindak sebagai antiseptik dan anti-radang.
![]() |
| Tepung Penaik (Baking Soda) |
Cara penggunaan:
- Campurkan dua sudu besar tepung penaik dengan sedikit air hingga menjadi pes.
- Bersihkan wajah terlebih dahulu.
- Sapukan campuran tersebut secara rata pada muka.
- Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
- Keringkan wajah dan sapukan pelembap yang sesuai.
2. Tepung dan Avokado.
![]() |
| Avokado |
Cara penggunaan:
- Ambil separuh buah avokado dan lenyek hingga halus.
- Campurkan dengan satu sudu besar madu.
- Sapukan pada wajah yang telah dibersihkan.
- Biarkan selama 15–20 minit sebelum dibilas dengan air suam.
3. Yogurt Dan Madu.
Yogurt mengandungi bakteria baik, asid laktik dan AHA (alpha hydroxy acid) yang membantu menanggalkan sel kulit mati dan membuka liang pori.
![]() |
| Yogurt |
![]() |
| Madu Asli |
Cara penggunaan:
- Campurkan satu sudu madu dengan dua sudu yogurt.
- Gaul hingga sebati.
- Sapukan pada wajah yang bersih.
- Biarkan selama 20 minit.
- Bilas dengan air suam dan lap dengan kain lembut.
4. Buah Lemon.
Lemon mengandungi asid L-askorbik yang membantu mengurangkan keradangan dan membersihkan pori-pori tersumbat. Ia juga boleh mencerahkan kulit dan memudarkan kesan jerawat.
![]() |
| Buah Lemon |
Cara penggunaan:
- Perah sebiji lemon.
- Sapukan air lemon pada wajah yang bersih.
- Biarkan selama 10 minit.
- Bilas dengan air suam.
- Boleh juga dicampur dengan satu sudu madu untuk kesan lebih lembut.
Gabungan bahan ini dipercayai mempunyai kesan hampir sama seperti madu dan lemon, tetapi ditambah dengan kapur untuk membantu mengeringkan jerawat.
| Kapur Dan Limau |
![]() |
| Madu |
Cara penggunaan:
- Ambil sedikit kapur dan ratakan.
- Campurkan dengan perahan limau dan dua sudu madu.
- Sapukan pada wajah yang telah dibersihkan.
- Biarkan selama 10–15 minit.
- Bilas dengan air suam dan keringkan dengan kain lembut.
6. Buah Pisang Dan Kunyit.
![]() |
| Buah Pisang |
![]() |
| Kunyit |
Cara penggunaan:
- Kisar sebiji pisang hingga halus.
- Tambahkan setengah sudu serbuk kunyit dan sedikit tepung penaik.
- Gaul hingga sebati.
- Sapukan pada wajah yang bersih.
- Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.
- Gunakan pelembap selepas itu.
kesimpulan
Penggunaan bahan semula jadi dan herba tradisional merupakan alternatif yang selamat dan menjimatkan untuk merawat jerawat. Namun, setiap jenis kulit adalah berbeza, jadi penting untuk mengenal pasti bahan yang sesuai dengan kulit anda.
Penjagaan wajah yang konsisten serta pemilihan produk yang tepat dapat membantu mengurangkan dan mencegah jerawat, sekaligus memastikan kulit sentiasa sihat dan berseri.










0 Comments