5 Ubat Sengal-Sengal Dengan Alam Semula Jadi.

   Penyakit sengal-sengal dengan nama sentifiknya rheumatism biasanya menyerang ketika usia meningkat tua, tetapi ada juga berlaku pada orang-orang muda di sebabkan tekanan atau strest dari kerja di tambahkan pula badan terasa lesu,tidak bermaya malah terasa sengal dan berangin dalam badan. Harus ketahui punca dan penyebab rasa sengal-sengal seluruh badan. Kemungkinan puncanya dari kedudukan waktu tidur juga boleh jadi penyebabnya, adakalanya apabila beralih dan kekal pada posisi tertentu dalam jangka sama yang lama menjadikan tubuh badan terasa sakit pada ke esokkan paginya dan juga berkerja seharian yang banyak duduk tanpa senaman yang sesuai bagi badan.    Ada beberapa kaedah juga menghilangkan rasa sengal-sengal badan adalah dengan pengawalan makanan, kerana gas yang berlebihan ini datang dari sistem penghadaman. Amalkan pemakanan yang berjadual dan santai, cuba untuk ambil masa dan makan perlahan-lahan dan lebihkan mengunyah. Pastikan banyakan minum air kosong bagi melancarka